Kewujudan
Manusia ialah makhluk yang mampu mempersoalkan kewujudannya. Manusia melihat dirinya dan wujudnya adalah masalah yang perlu diselesaikan.
Antara masalah utama berkait wujud manusia adalah perihal makna hidup. Tentang bagaimana manusia merenung ke dalam diri dan menebarkan pandangan ke luar diri, mengutip isyarat, mencari signifikasi dan menetapkan haluan dalam hidup untuk menjadikan dunia ini masuk akal bagi mereka.
Tiga karya ini adalah memoir intelektual dan spiritual yang merakam dua cabaran utama yang ditempuh oleh ketiga-tiga tokoh tersebut.
Pertama, ia menelusuri jejak-jejak mereka mencari kebenaran, dan kedua, bagaimana kemudian mereka bergelut untuk hidup berdasarkan kebenaran yang mereka yakini. Dari 'finding the truth' kepada 'living the truth'. Dari pengakuan kepada komitmen.
Sejak usia muda, Saint Augustine, Imam al-Ghazali dan Leo Tolstoy dianugerahkan dengan kesedaran yang luar biasa. Mereka sentiasa curiga dengan kenyataan hidup serta amalan agama yang diwarisi begitu saja oleh masyarakat. Mereka mempertikaikan agama yang hilang dimensi spiritualnya.
Malah mereka mempersoal dan melakukan kritik diri (muhasabah) sehingga mengundang pertanyaan yang meresahkan.
'๐๐ฌ๐ถ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ซ๐ข๐ฅ๐ช ๐ต๐ข๐ฏ๐ฅ๐ข ๐ต๐ข๐ฏ๐บ๐ข ๐ฃ๐ข๐จ๐ช ๐ฅ๐ช๐ณ๐ช๐ฌ๐ถ ๐ด๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ช๐ณ๐ช,' kata Saint Augustine.
Saint Augustine sangsi dengan masalah keadilan Tuhan terutamanya 'problem of evil' dan dualisme roh/jasad, pada masa yang sama berperang dengan dosa-dosanya. Tolstoy yang menganut nihilisme turut bergelut dengan dosa-dosa silamnya, di samping bingung mencari makna hidup dalam dunia moden yang materialistik dan moraliti yang semakin dekaden. Imam al-Ghazali berdepan dengan skeptisisme dan krisis epistemologi untuk mencari hakikat ilmu yang sejati.
Masing-masing gelisah dengan pertanyaan yang berbeza, tapi berhujung kepada akar persoalan yang sama; Bagaimana seharusnya mereka bersikap dan menjalani hidup dengan segala kegalauan pemikiran ini? Mereka menggeledah setiap kebijaksanaan, aliran falsafah dan pemikiran pada zaman masing-masing untuk mendapatkan jawapan.
Pencarian yang melelahkan ini menghantar mereka kepada kondisi psikologi yang disebutkan Sรธren Kierkegaard sebagai 'sickness unto death' - situasi di mana individu punya kesedaran yang tinggi tapi masih gagal mencari makna kewujudan. Merasa patah hati mencari diri sendiri tapi pada masa yang sama tak dapat menjadi yang lain.
Saint Augustine dirundung gelisah dan kesedihan yang melampau. Imam al-Ghazali tidak mampu bercakap dan hilang selera makan sehingga menjejaskan kesihatannya. Tolstoy pula mengalami depresi sehingga hampir bunuh diri.
Krisis ini berterusan dan melonjak ketika mereka di puncak karier mereka. Ketika itu Saint Augustine telah berjaya menjadi profesor retorik di Milan, Imam al-Ghazali sudah membina pengaruh dan karisma sebagai rektor di Universiti Nizamiyyah. Tolstoy pula sudah terpahat namanya sebagai sasterawan besar dunia melalui novel 'War and Peace' dan 'Anna Karenina'.
Tapi yang bergolak dalam jiwa mereka ketika itu bukan lagi krisis intelektual sebaliknya konflik spiritual. Bukan lagi 'finding the truth' tapi 'living the truth'. Walaupun kebenaran dan makna hidup sudah ditemui, dengan ketiga-tiganya memilih jalan Tuhan, namun kekayaan, status dan prestij adalah tanggapan-tanggapan palsu yang tidak pernah gagal menggoda manusia.
Saint Augustine menceritakan perang beliau melawan hawa nafsu dengan ungkapan yang hampir sama dengan Imam al-Ghazali. Kedua-duanya melihat nafsu sebagai 'rantai' yang membelenggu dan menangguh-nangguh jiwa mereka untuk bertaubat dan kembali kepada Tuhan.
Tulis Saint Augustine: '๐๐ถ๐ด๐ถ๐ฉ ๐ต๐ฆ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ข๐ฌ๐ญ๐ถ๐ฌ ๐ฌ๐ฆ๐ช๐ฏ๐จ๐ช๐ฏ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ถ, ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ณ๐ช๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข๐ฏ๐บ๐ข ๐ฅ๐ช๐ข ๐ต๐ฆ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ช๐ฏ๐ข ๐ณ๐ข๐ฏ๐ต๐ข๐ช ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ๐ฌ๐ถ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ฆ๐ญ๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ถ ๐ข๐ฌ๐ถ ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ๐ฏ๐บ๐ข.... ๐๐ฆ๐ฎ๐ข๐ฉ๐ถ๐ข๐ฏ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ต๐ฆ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฎ๐ถ๐ญ๐ข ๐ธ๐ถ๐ซ๐ถ๐ฅ ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฎ ๐ฅ๐ช๐ณ๐ช๐ฌ๐ถ ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐บ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐ฉ-๐๐ถ ๐ต๐ข๐ฏ๐ฑ๐ข ๐จ๐ข๐ฏ๐ซ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ข๐ต๐ฆ๐ณ๐ช๐ข๐ญ, ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ช๐ฏ๐จ๐ช๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ช๐ฌ๐ฎ๐ข๐ต๐ช-๐๐ถ, ๐๐ถ๐ฉ๐ข๐ฏ, ๐ด๐ข๐ต๐ถ-๐ด๐ข๐ต๐ถ๐ฏ๐บ๐ข ๐ฌ๐ฆ๐ฏ๐ช๐ฌ๐ฎ๐ข๐ต๐ข๐ฏ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฎ๐ถ๐ต๐ญ๐ข๐ฌ, ๐ฃ๐ฆ๐ญ๐ถ๐ฎ ๐ค๐ถ๐ฌ๐ถ๐ฑ ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ต๐ข๐ด๐ช ๐ฌ๐ฆ๐ช๐ฏ๐จ๐ช๐ฏ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ถ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฅ๐ข๐ฉ๐ถ๐ญ๐ถ... .
'.... ๐๐ฌ๐ถ ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ข๐ด๐ข ๐ฅ๐ช๐ฃ๐ฆ๐ญ๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ถ ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ช๐ฏ๐จ๐ช๐ฏ๐ข๐ฏ ๐ช๐ฏ๐ช. ๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ข๐ด๐ณ๐ข๐ฉ, ๐ข๐ฌ๐ถ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ถ๐ค๐ข๐ฑ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ข๐ต๐ข-๐ฌ๐ข๐ต๐ข ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐บ๐ฆ๐ฅ๐ช๐ฉ๐ฌ๐ข๐ฏ: "๐๐ฆ๐ณ๐ข๐ฑ๐ข ๐ญ๐ข๐ฎ๐ข, ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฑ๐ข ๐ญ๐ข๐ฎ๐ข ๐ญ๐ข๐จ๐ช. ๐๐ด๐ฐ๐ฌ! ๐๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ, ๐ญ๐ถ๐ด๐ข! ๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฑ๐ข ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ด๐ฆ๐ฌ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ๐จ? ๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฑ๐ข ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ด๐ฆ๐ฌ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ซ๐ถ๐จ๐ข ๐ข๐ฌ๐ถ ๐ต๐ข๐ฎ๐ข๐ต๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฉ๐ช๐ฅ๐ถ๐ฑ๐ฌ๐ถ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ซ๐ช๐ซ๐ช๐ฌ ๐ช๐ฏ๐ช?"
Kata Imam al-Ghazali: '... ๐ฌ๐ฆ๐ฉ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ฅ๐ถ๐ฏ๐ช๐ข๐ธ๐ช ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ข๐ณ๐ช๐ฌ-๐ฏ๐ข๐ณ๐ช๐ฌ๐ฌ๐ถ ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ณ๐ข๐ฏ๐ต๐ข๐ช๐ฏ๐บ๐ข ๐ข๐จ๐ข๐ณ ๐ข๐ฌ๐ถ ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐จ๐ข๐ฏ๐ซ๐ข๐ฌ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ต๐ฆ๐ณ๐ถ๐ด ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ฆ๐ต๐ข๐ฑ ๐ฅ๐ช ๐๐ข๐จ๐ฉ๐ฅ๐ข๐ฅ, ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฎ๐ข๐ด๐ข ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ญ๐ข๐ช๐ฏ ๐ข๐ฌ๐ถ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ณ ๐ด๐ฆ๐ณ๐ถ๐ข๐ฏ ๐ช๐ฎ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐บ๐ฆ๐ฃ๐ถ๐ต, "๐๐ฆ๐ณ๐จ๐ช ๐ฅ๐ข๐ณ๐ช ๐ด๐ช๐ฏ๐ช! ๐๐ฆ๐ณ๐จ๐ช... ๐๐ถ๐ฏ๐จ๐จ๐ถ๐ฉ ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฌ๐ข๐ถ ๐ด๐ฆ๐ฌ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฅ๐ช ๐ญ๐ถ๐ฃ๐ถ๐ฌ ๐ช๐ญ๐ฎ๐ถ, ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ฌ๐ฆ๐ค๐ช๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ฏ๐จ ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ข๐ฎ๐ข๐ญ ๐ต๐ข๐ฑ๐ช ๐ด๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ข ๐ช๐ต๐ถ ๐ฉ๐ข๐ฏ๐บ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ณ๐ช๐บ๐ข๐ฌ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ข๐ญ๐ด๐ถ ๐ฃ๐ฆ๐ญ๐ข๐ฌ๐ข... ๐๐ฆ๐ฌ๐ช๐ณ๐ข๐ฏ๐บ๐ข ๐ฌ๐ข๐ถ ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ฑ๐ถ๐ต๐ถ๐ด๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ณ๐ข๐ฏ๐ต๐ข๐ช ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ช๐ฌ๐ข๐ต ๐ช๐ฏ๐ช, ๐ฃ๐ช๐ญ๐ข๐ฌ๐ข๐ฉ ๐ฌ๐ข๐ถ ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ต๐ถ๐ด๐ฌ๐ข๐ฏ๐ฏ๐บ๐ข?'
Saint Augustine akhirnya meninggalkan kariernya dan dibaptiskan sebagai penganut Katolik, seterusnya menjalani kehidupan asketik sehingga dia dilantik oleh Gereja Katolik sebagai uskup di Hippo.
Imam al-Ghazali mengagihkan sebahagian hartanya dan memilih jalan tasawuf. Beliau meninggalkan Baghdad, berkelana ke Damsyik, Jerusalem, Hebron, Makkah dan Madinah; sebuah proses pemencilan diri yang berjalan selama 10 tahun sebelum beliau kembali mengajar di Baghdad.
Tolstoy kembali kepada ajaran Kristian, namun dengan versinya sendiri yang menekankan pasifisme, kesederhanaan dalam hidup dan rasa belas ihsan kepada golongan miskin sehingga beliau disisihkan oleh Gereja Ortodoks Russia. Di akhir hidupnya beliau meninggalkan kehidupan bangsawannya.
Demikianlah manusia sentiasa merasakan kewujudan dirinya terbelah, kehilangan dan kekurangan. Manusia ingin mencari dan memiliki sebuah identiti yang utuh. Manusia ingin menjadi subjek yang stabil dan sempurna. Namun tidak ada nikmat dunia yang boleh mengisi kekosongan ini, kecuali dengan kembali kepada Tuhan.
Dalam usaha mencari kesempurnaan ini, manusia sentiasa diperdayakan oleh nafsu diri. Mereka sentiasa berada di dalam kitaran keinginan yang tak terpuaskan, kerana matlamat kepada keinginan bukan untuk mencapai tujuan tertentu, tapi untuk memberanakkan keinginan yang baru.
Situasi ini yang dialami oleh Tolstoy ketika beliau menceritakan bahawa antara 'agama' yang pernah dianutinya dalam usaha untuk mencari makna hidup ialah agama 'kesempurnaan':
'๐๐ฌ๐ถ ๐ค๐ถ๐ฃ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ข๐ฑ๐ข๐ช ๐ฌ๐ฆ๐ด๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ณ๐ฏ๐ข๐ข๐ฏ ๐ช๐ฏ๐ต๐ฆ๐ญ๐ฆ๐ฌ๐ต๐ถ๐ข๐ญ. ๐๐ฌ๐ถ ๐ฃ๐ฆ๐ญ๐ข๐ซ๐ข๐ณ ๐ด๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ข ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ข๐ฌ๐ถ ๐ฃ๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐ฃ๐ฆ๐ญ๐ข๐ซ๐ข๐ณ, ๐ด๐ฆ๐ต๐ช๐ข๐ฑ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฌ๐ข๐ณ๐ข ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฅ๐ช๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ช๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ฉ๐ช๐ฅ๐ถ๐ฑ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข๐ฌ๐ถ ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ข๐ฌ๐ถ ๐ฑ๐ฆ๐ญ๐ข๐ซ๐ข๐ณ๐ช. ๐๐ฌ๐ถ ๐ค๐ถ๐ฃ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐บ๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ณ๐ฏ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ช๐ฏ๐จ๐ช๐ฏ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ถ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ฆ๐ต๐ข๐ฑ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ฆ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฑ๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ถ๐ณ๐ข๐ฏ ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ข๐ฌ๐ถ ๐ช๐ฌ๐ถ๐ต๐ช. ๐๐ฌ๐ถ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ถ๐ด๐ข๐ฉ๐ข ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฌ๐ฆ๐ด๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ณ๐ฏ๐ข๐ข๐ฏ ๐ง๐ช๐ป๐ช๐ฌ๐ข๐ญ ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ญ๐ข๐ฌ๐ถ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ข ๐ญ๐ข๐ต๐ช๐ฉ๐ข๐ฏ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ช๐ฏ๐ข ๐ฌ๐ฆ๐ฌ๐ถ๐ข๐ต๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ต๐ข๐ฏ๐จ๐ฌ๐ข๐ด๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ด๐ถ๐ด๐ข๐ฉ ๐ฑ๐ข๐บ๐ข๐ฉ. ๐๐ฌ๐ถ ๐ค๐ถ๐ฃ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ช๐ด๐ช๐ฑ๐ญ๐ช๐ฏ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ช๐ณ๐ช ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ถ๐ฉ ๐ต๐ฆ๐ฌ๐ถ๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ต๐ข๐ฃ๐ข๐ฉ.'
'๐๐ฌ๐ถ ๐ข๐ฏ๐จ๐จ๐ข๐ฑ ๐ด๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ข ๐ช๐ฏ๐ช ๐ถ๐ด๐ข๐ฉ๐ข ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ข๐ฑ๐ข๐ช ๐ฌ๐ฆ๐ด๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ณ๐ฏ๐ข๐ข๐ฏ. ๐๐ช๐ต๐ช๐ฌ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฎ๐ถ๐ญ๐ข๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ข๐จ๐ช ๐ด๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ข๐ฏ๐บ๐ข, ๐ด๐ถ๐ฅ๐ข๐ฉ ๐ต๐ฆ๐ฏ๐ต๐ถ, ๐ฌ๐ฆ๐ด๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ณ๐ฏ๐ข๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฐ๐ณ๐ข๐ญ, ๐ต๐ฆ๐ต๐ข๐ฑ๐ช ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ญ๐ข๐ฎ๐ข ๐ฌ๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ฅ๐ช๐ข๐ฏ ๐ช๐ข ๐ฅ๐ช๐จ๐ข๐ฏ๐ต๐ช๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ขn ๐ฌ๐ฆ๐ด๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ณ๐ฏ๐ข๐ข๐ฏ ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ด๐ฆ๐ต๐ช๐ข๐ฑ ๐ณ๐ถ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฉ๐ช๐ฅ๐ถ๐ฑ, ๐บ๐ข๐ฌ๐ฏ๐ช ๐ฌ๐ฆ๐ช๐ฏ๐จ๐ช๐ฏ๐ข๐ฏ ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ซ๐ข๐ฅ๐ช ๐ญ๐ฆ๐ฃ๐ช๐ฉ ๐ฃ๐ข๐ช๐ฌ, ๐ฃ๐ถ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ช ๐ฎ๐ข๐ต๐ข๐ฌ๐ถ ๐ด๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ช๐ณ๐ช ๐ข๐ต๐ข๐ถ ๐ฅ๐ช ๐ฎ๐ข๐ต๐ข ๐๐ถ๐ฉ๐ข๐ฏ, ๐ต๐ฆ๐ต๐ข๐ฑ๐ช ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ข๐ญ๐ช๐ฌ๐ฏ๐บ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ซ๐ข๐ฅ๐ช ๐ญ๐ฆ๐ฃ๐ช๐ฉ ๐ฃ๐ข๐ช๐ฌ ๐ฅ๐ช ๐ฎ๐ข๐ต๐ข ๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ญ๐ข๐ช๐ฏ. ๐๐ข๐ฏ ๐ถ๐ด๐ข๐ฉ๐ข ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ซ๐ข๐ฅ๐ช ๐ญ๐ฆ๐ฃ๐ช๐ฉ ๐ฃ๐ข๐ช๐ฌ ๐ฅ๐ช ๐ฎ๐ข๐ต๐ข ๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ญ๐ข๐ช๐ฏ ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ค๐ฆ๐ฑ๐ข๐ต ๐ฅ๐ช๐จ๐ข๐ฏ๐ต๐ช๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐ฌ๐ฆ๐ช๐ฏ๐จ๐ช๐ฏ๐ข๐ฏ ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ซ๐ข๐ฅ๐ช ๐ญ๐ฆ๐ฃ๐ช๐ฉ ๐ฌ๐ถ๐ข๐ต ๐ฅ๐ข๐ณ๐ช๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ญ๐ข๐ช๐ฏ, ๐ช๐ข๐ช๐ต๐ถ ๐ญ๐ฆ๐ฃ๐ช๐ฉ ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฌ๐ฆ๐ฏ๐ข๐ญ, ๐ญ๐ฆ๐ฃ๐ช๐ฉ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ช๐ฏ๐จ, ๐ญ๐ฆ๐ฃ๐ช๐ฉ ๐ฌ๐ข๐บ๐ข.'
Kata Charles Le Gai Eaton, satu-satunya kesedaran hakiki yang berada dalam jangkauan setiap manusia adalah perasaan 'faqir' atau kemiskinan, yakni pengakuan akan kelemahan dan kebergantungan manusia pada Yang Hakiki, sumber segala makna, kewujudan dan kesempurnaan.
Kerana jauh di lubuk kesedaran mereka sedar '๐๐ฑ๐ข๐ฌ๐ข๐ฉ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฏ๐จ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ข๐ฏ๐ถ๐ด๐ช๐ข ๐ซ๐ช๐ฌ๐ข ๐ฅ๐ช๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ช๐ญ๐ช๐ฉ ๐ฅ๐ถ๐ฏ๐ช๐ข ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ญ๐ถ๐ณ๐ถ๐ฉ ๐ช๐ด๐ช๐ฏ๐บ๐ข, ๐ด๐ฆ๐ฅ๐ข๐ฏ๐จ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ช๐ข ๐ฌ๐ฆ๐ฉ๐ช๐ญ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ช๐ณ๐ช๐ฏ๐บ๐ข ๐ด๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ช๐ณ๐ช. (๐๐ข๐ณ๐ฌ 8: 36)'
______________________________________
*Berbanding karya St. Augustine dan Tolstoy yang memang judul asalnya ialah Pengakuan (Confessiones untuk Augustine dan Ispoved untuk Tolstoy), judul asal karya Imam al-Ghazali ialah al-Munqidz min al-Dhalal (Penyelamat Dari Kesesatan), atau dalam terjemahan Inggeris yang lebih popular dinamakan Deliverance From Error.